Tuesday 30 October 2012

Betullah orang kata.. "Rumahku Syurgaku" Home Sweet Home... Rumah Manis Rumah

Teratak Buruk ku di Taman Pelangi Semenyih.

 Ini Bunga kesidang atau lebih suka sebut bunga kerak nasik... wangi dan harumnya.. hmmmmmm  SEGAR....
 Ini Buah Rozel... banyak khasiatnya... boleh dibuat jus Rozel dan jem.... bawah ni pokok rozel ku...

 Ini pokok delima... dulu masa kami duduk di Taman Jejawi, Jejawi Perlis, masa tu abah masih service sebagai soldier.... banyak kami tanam pokok delima ni... buah dia.. hmmm merekah bak delima mekar.... warna biji delimanya merah bak delima.... kecik lagi ni pokok ni... kalau besar nanti... ada buah.. insyaallah akan di upload buahnya pula...

Hehehe... ini limau kasturi.. kalau buat air kasturi boi.. hmmmmm sedapnya....

 Ini pula ciku mega. Buahnya besar tidak seperti ciku biasa. manis.... tupai pun dah amik makan dah buah nie.... terpaksa ku tunggu round ke dua buahnya barulah ku tahu manisnya buah itu...
 Pokok Jambu Air Madu... dah besar dah pokok nie... ada lak sorang hamba Allah tu datang bg tahu pada Hubby ku yang pokok ni bila besar akan berulat, so dicadangkan ditanam dikawasan luar rumah... alamak.... bila dah diubah... MaMpuS lah ia...... waaaaaa... :(

 Ini Mempelam Tong Dam... manis dan oren isinya (kata si penjual)... tapi tak berbuah lahi so tak tahu lah rasa buahnya macam mana....
 Ini pokok rambutan.... terlalu straight kena cahaya matahari, terbakar lah sikit daunnya...

 Mangga Epal.... tak besar-besar tak tahu lah apa masalah pokok mangga nie...

 Ini lak Pokok Longan Ping Pong.... dah berbunga kan... dah berbuah juga ada dalam 7 biji.. pun x sempat nak rasa.... Cik Squirrel dah rasa dulu... Alamak melepas lah lagi si tuan yang menanamnya.
 Si Pandan dan Si Lengkuas...

 Cili Api dan pokok kari...

































Pemanggang Ajaib. (Menang Glassware)

Ini Pemanggang Ajaib keluaran Syarikat Menang Glassware. Kenapa di panggil pemanggang ajaib???? huhu... tak dapatlah saya nak cakap.... sebabnya ia memang ajaib pun. Kerja memasak di dapur jadik lebih mudah. Bukanlah ianya ajaib disebabkan masak ikan kluar ayam.. idak ler begitu... 

 Pemanggang ajaib ni jenama are- IKAN. boleh digunakan di atas stove dapur kat umah kita tu... warna dia tetap seperti sebelum kita masak.. warna tidak pudar. tidak melekat (non-stick pan). Boleh masak pelbagai cara bak kata kengkawan saya boleh Kukus, Grill, Panggang...Kukus, Grill, Panggang... Kukus...

 Ini adalah menu cubaan pertama setelah mendapat pemanggang ajaibku ini.... Ayam panggang bersos percik.


 Ini pula menu ke 2 ku sehari selepas masak ayam. Ikan Kukus Tomyam. nyam nyam...

Banyak lagi yang boleh kita buat dengan pemanggang ni. Kalau rasa nak berdiet, tak nak guna minyak banyak tapi nak menggoreng, boleh guna Pemanggang ni untuk menggoreng. Caranya:- panaskan pemanggang di atas api, kunyitkan ikan @ ayam @ daging yang hendk di goreng itu, tuangkan sedikit minyak (kuantiti seperti nak menumis sayur) masukkan bahan yang hendak digoreng, kemudian tutup pemanggang. Setelah 2 minit, balikkan pemanggang (tidak perlu menggunakan sudip). Setelah garing bahan yang digoreng tersebut, angkat dan tutup api bolehlah dihidangkan.

Bakar daging burger juga mudah. tidak perlu lah masukkan minyak.

Sekiranya ada yang berminat, bolehlah email saya. hanizarahman@yahoo.com.sg. Harga di Menang Glassware RM 129.00. Saya boleh bagi harga saya RM 115.00 harga tidak termasuk kos pos yer....

Salam Sayang buat semua....

Mia... Membesar di depan mataku

Dilahirkan pada 12 March 2010, jam 12:03 pagi, di Columbia Hospital, Puchong Selangor.

Inilah Faiznur Irdamia Binti Firdaus. Dah besar dah anak umie ngan abah nie. Mulutnya yang sejemput dan pandai bercakap itu membuatkan hidup kami ceria senantiasa.

Ini mia dengan sepupunya Ammar. walaupun beza umur setahun lebih, Ammar ni adalah abang yang penyayang, pandai ambil hati adiknya mia...
Boleh nampakkan.. mia kan penyayang.. mia sayang umie, sayang abah... mia sayang semuanya.