Tuesday 30 October 2012

Pemanggang Ajaib. (Menang Glassware)

Ini Pemanggang Ajaib keluaran Syarikat Menang Glassware. Kenapa di panggil pemanggang ajaib???? huhu... tak dapatlah saya nak cakap.... sebabnya ia memang ajaib pun. Kerja memasak di dapur jadik lebih mudah. Bukanlah ianya ajaib disebabkan masak ikan kluar ayam.. idak ler begitu... 

 Pemanggang ajaib ni jenama are- IKAN. boleh digunakan di atas stove dapur kat umah kita tu... warna dia tetap seperti sebelum kita masak.. warna tidak pudar. tidak melekat (non-stick pan). Boleh masak pelbagai cara bak kata kengkawan saya boleh Kukus, Grill, Panggang...Kukus, Grill, Panggang... Kukus...

 Ini adalah menu cubaan pertama setelah mendapat pemanggang ajaibku ini.... Ayam panggang bersos percik.


 Ini pula menu ke 2 ku sehari selepas masak ayam. Ikan Kukus Tomyam. nyam nyam...

Banyak lagi yang boleh kita buat dengan pemanggang ni. Kalau rasa nak berdiet, tak nak guna minyak banyak tapi nak menggoreng, boleh guna Pemanggang ni untuk menggoreng. Caranya:- panaskan pemanggang di atas api, kunyitkan ikan @ ayam @ daging yang hendk di goreng itu, tuangkan sedikit minyak (kuantiti seperti nak menumis sayur) masukkan bahan yang hendak digoreng, kemudian tutup pemanggang. Setelah 2 minit, balikkan pemanggang (tidak perlu menggunakan sudip). Setelah garing bahan yang digoreng tersebut, angkat dan tutup api bolehlah dihidangkan.

Bakar daging burger juga mudah. tidak perlu lah masukkan minyak.

Sekiranya ada yang berminat, bolehlah email saya. hanizarahman@yahoo.com.sg. Harga di Menang Glassware RM 129.00. Saya boleh bagi harga saya RM 115.00 harga tidak termasuk kos pos yer....

Salam Sayang buat semua....

No comments:

Post a Comment